Thursday 3 November 2011

Hadiah Harijadi Untuk Si Lelaki? Gift Ideas?



Hadiah Harijadi Untuk Si Lelaki? Gift Ideas? Membeli hadiah untuk kawan-kawan bukanlah sesuatu yang sukar. Namun apabila tiba birthday kekasih kita,agak sukar untuk membuat keputusan kan? Lebih-lebih lagi kepada perempuan yang mahu membelikan hadiah kepada si lelaki. So, apakah hadiah yang sesuai untuk harijadi si lelaki?

Sandra Beckwith, penulis buku Why Cant a Man Be More Like a Woman mengatakan, pada umumnya lelaki menganggap hadiah yang diberikan oleh kekasihnya mengandungi sebuah pesanan yang ingin disampaikan. “Kerana itu perempuan harus berhati-hati memilih hadiah bila ia tidak mahu pasangannya memiliki tanggapan yang salah", kata Sandra. Contohnya,jika kita membeli deodorant untuknya,adakah dia akan berfikir yang kita menganggapkan dia seorang yang berbau? Sandra mengesyorkan hadiah yang diberikan mestilah sesuai dengan umur perkenalan kita dengan kekasih kita bagi mengelakkan salah faham.



Kurang dari 1 Bulan
“Pada fasa ini hadiah yang tepat adalah benda yang menunjukkan perhatian istimewa anda kepadanya,” ujar Robyn Spizman, penulis The Perfect Present. Contohnya, bila kekasih anda suka membaca karya penulis tertentu, anda boleh memberi buku terbaru karya penulis itu. Atau, bila Anda dengan lelaki yang tergila-gila pada golf, berikanlah buku yang ditulis oleh Tiger Woods. Menurut Robyn jenis hadiah tersebut tidak terlalu bersifat peribadi namun berkesan. “Di awal hubungan, sangat penting bila anda memberi hadiah yang boleh digunakan atau berguna. BUKAN hadiah berupa benda yang anda harap akan digunakannya,” ujar Robyn.

3- 6 Bulan
Berikan hadiah yang menandakan bahwa anda dan dia adalah pasangan. “Aktiviti yang boleh melibatkan anda berdua adalah hadiah terbaik. Contohnya, makan malam romantik di restoran kegemarannya atau pergi berjalan-jalan ke tempat yang disukainya,” ujar Robyn tentang Gift Ideas.

1 Tahun
Berikanlah hadiah yang mengekspresikan perasaan anda. Contohnya foto anda dan si dia yang ditempatkan dalam bingkai yang indah. Cara ini boleh membuat dia terharu dan merasa dicintai. Ingatlah, di tahap ini anda tidak perlu mengeluarkan duit berlebihan untuk hadiah kerana hubungan anda berdua lebih bermakna jika dibandingkan dengan sebuah hadiah semata-mata.

Lebih dari 3 tahun
Berhasil menjalani hubungan sampai lebih dari tiga tahun bererti hubungan anda berdua sudah sampai ke tahap serius. Memilih hadiah tidak lagi menjadi sesuatu yang menyulitkan untuk anda. Bertanyalah terus apa yang dia inginkan, kerana saat ini sudah tidak ada lagi 'tekanan' untuk memberikan hadiah yang bersifat kejutan. Hadiah Harijadi Untuk Si Lelaki? Gift Ideas? Pada masa ini,iabukanlah sesuatu yang sukar untuk anda fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...